DARI MEJA PUAN GURU BESAR



Syukur Alhamdulillah laman web rasmi SK Sultan Abu Bakar 2 Muar dapat dibina dan menjadi penyampai maklumat rasmi kepada semua warga SK SAB 2. Bertepatan dengan keadaan semasa yang menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi di hujung jari, penghasilan laman web ini sangat diperlukan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat dan semoga ia dapat dimanfaatkan bersama.

Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, prasarana dan infranstruktur pendidikan di Malaysia disasarkan menjadi sekolah bestari. Pembinaan modal insan menjadi teras kepada pembangunan Negara dan ia juga bertepatan dengan program transformasi kerajaan dalam bidang pendidikan.

Perubahan dalam sistem pendidikan di Negara kita memerlukan semua pihak melaksanakan peranan masing-masing sama ada pelajar, guru atau ibu bapa. Penerokaan ilmu memerlukan setiap individu mempunyai sikap dan mengamalkan pendidikan sepanjang hayat atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “long life learning”.

Justeru itu, marilah kita bersama membangunkan potensi anak-anak kita untuk kehidupan mereka di zaman akan datang dan menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.
PN. HJH. MAIMUNAH BT HJ. IBRAHIM
GURU BESAR, SK SAB 2, MUAR.